maka berderailah airmata lelaki-lelaki di Malaysia…

July 17th, 2006

hari ni terjawab ler sudah teka-teki mengenai sape pilihan hati ct nurhaliza.. maka berderailah ayer-ayer mata lelaki-lelaki di Malaysia..

Aku macam no komen, lagipun ni jodoh dia kan, nak buat macam mana.. tapi bila terfikir nak tergelak pun ada, kenapa la yang itu jd pilihan sedangkan banyak lagi calon-calon yang berkelayakan..

betul la kut orang cakap cinta itu buta? susah nak kata… yang tak mengalaminya mungkin tak berapa nak suka..

dulu masa kawan-kawan & sedara tanya bila aku nak kawen, aku jwb aku tunggu cik ct dulu.. tapi dah jadi macam ni aku nak bagi alasan ape pulak? isk isk isk.. sian kat aku…

so, nampak gayanya bukan setakat lelaki-lelaki di Malaysia sahaja yang menumpahkan air mata, aku pun sama la…

tapi mesti ramai pompuan yang rasa lega kan? hihihi…

Angka 10….

June 23rd, 2006

Akhir-akhir ni banyak pulak dengar/baca angka 10 kat tv,radio ngan suratkabar.. Astro celebrates 10 tahun anniversary tahun ni, KRU pun sambut 10 tahun anniversary bisnes dia jugak.. cerita pasal no 10 jersey Pele ngan Maradona.. emph, apa yang menariknya kan? Apa kaitan dengan hidup aku pulak? Rasa macam takde pape tapi rupanya ada jugak kepentingan angka 10 ni dalam hidup aku..

Pertama2nya, dah 10 tahun fakulti aku ditubuhkan.. tak silap aku fakulti aku la fakulti yang termuda dalam UKM ( tp sekarang maybe dah ada fakulti lain kut yang lebih baru )..dan dah 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan.. baru-baru ni siap celebrated lagi 10th anniversary AMJA besar-besaran kat Melaka.. dan dah 10 tahun umur aku meningkat.. dulu org panggil sweet 17, sekarang dah jadi sour 27… apa lagi yer kaitan angka 10 dengan hidup aku lagi? ehmp…

Tapi sekarang aku nak listkan 10 most fav ngan 10 most unwanted thing/event/moment/bla.. bla dalam hidup aku skrg…

10 most fav ( ikut keutamaan )

1. gaji le wei…. hihihi

2. my vit E lip balm by the body shop – can’t live without it bebeh!

3. my SCS blue jeans – jeans paling happening aku pernah pakai..

4. Tea tree facial cleanser by the body shop – menyahsusukkan muka aku..

5. Kose whitening black mask – memang best! Tapi harganya pun best ler jugak.. huhu

6. Takuya’s VCD collection

7. SO7’s cassettes n cds

8. Kim rae won’s VCD collection

9. my sony t-7 digital camera

10. my lovely WIRA Aeroback… muahssss

10 most hates/unwanted

1. ujung bulan.. sengkek!

2. petrol – kenapa naik harga banyak sangat?

3. bil kad kredit aku.. – uwa… swipe memang best.. nak bayo? Uwa!!!

4. monday – monday blues abissss

5. # root - $*@%%!@*(%#%^

6. selera makan aku – pergh… menuju puncak betul!

7. ‘susuk’ di wajahku… ohhh tidakk!

8. ‘bila nak kawen’ kind of question

9. 7th January 2006 – time nak balik dari jepun.. uwa.. nak stay lama2 kat sana…

10. losing my friends.. one by one,time to time…. uwaaaa

Demam Akademi Fantasia 4

June 18th, 2006

Sambil aku menaip blog ni, tv kat umah aku tengah tayang konsert AF4 yang ke 3.. actually yang tengahari tadi punya tapi tak sempat nak tengok sebab aku gi umah orang bertunang.. ehmp… kalau dulu2 time konsert AF ( especially AF2-AF3)  jangan kata nak keluar umah, nak gi toilet pun aku hold dulu tunggu iklan.. hehehe…tapi macam kali ni dah tak berapa nak demam sangat.. kenapa ek?

Aura? Walaupun tak percaya kuasa aura tu tp aku aku rasa mungkin ada benarnya… dulu AF1 aku suka Vince, paling tak suka Rosma.. AF2 aku suka Zahid, tak suka Zarina, AF3 aku suka Felix, tak suka Amylea tapi AF4 ni aku tak tau nak suka sape tapi yang untuk list tak suka dah bertambah2.. hhuhuhu..

Aku mungkin akan suka kat Faizal kut, mamat terengganu tu.. ada potensi la.. har har har.. dari pandangan mata aku… Diddy pun ok gak… yang pompuan aku suka tengok Farhan ( you go girl! )… kata tak tau nak suka sape tapi banyak le pulak.. hehehe… tapi yang tak suka.. AMIRUL.. super tak suka.. mcm Haziq, Zila, Salima,Rich pun aku kureng… suka suka aku je taknak suka kat orang… hehehehe…

Kali ni Faizal nyanyi lagu Blues Terengganu Kita.. siap Saleem enterframe lagi tu… memang meriah habis tapi aku tak suka kat komen Adlin masa lepas Faizal menyanyi.. ade ke dia kata jangan hisap dadah, jangan hisap ganja.. selamba je perli Saleem.. nasib baik Aznil cover line… isk isk isk.. Aznil memang world!!!

Okay le.. taknak jd pengkritik AF sebab tak dapat gaji pun… hahahaha…

Idup Ganu! Keh keh keh…

10th Anniversary AMJA Grand Reunion

May 6th, 2006

Tak sangka, dah 10 tahun aku tinggalkan alam budak sekolah.. dah 10 tahun aku ambik SPM.. dan 10 tahun jugak aku tak jumpa ex-skulmet aku yang tak tau ape citer diorang.. Nasib baik ler ada sekelompok manusia yang ghajin nak mengaturkan majlis reunion ex-jasinians baru-baru ni…

Majlis berlangsung di A Famosa Resort Melaka pada 30 April ari tu.. aku memang semangat abis, sebab yer la, time ni ler aku nak jumpa kawan2 lama.. dan yang paling penting sure la nak jumpa budak lelaki kelas sebelah yang aku duk usha 2 tahun dulu.. ha ha ha…

Sebab semangat la aku sampai awal kat club house tu.. tengok-tengok ada 2-3 org je makhluk yang aku rasa aku kenal dah sampai.. cheh, org yang incharge pun tak nampak batang idung.. ( maap korang, terlaser lak! ) tapi sebenarnya aku yang sampai awal.. kih kih kih.. semangat ler katakan…

Kul 2 ptg, sorang-sorang muka yang familiar selama 2 tahun aku belajar kat MRSM Jasin muncul.. ape lagi, salam menyalam, jerit menjerit ( standard budak pompuan la kan?) peluk memeluk dan cium mencium pun berlangsung la… seronok sangat rasanya! Tapi agaknyer sebab kitorang dah diasuh supaya tak bercampur lelaki ngan pompuan time sekolah dulu, masa meeting petang tu pun budak pompuan duduk kat side kanan, budak lelaki duduk kat side kiri.. hehehe.. ape la… macam perhimpunan rasmi petang selasa jer..

Petang, after check-in, kitorang ada telematch.. 4 group je yang main sebab tak cukup ahli especially ahli pompuan.. maklumlah, ramai yang memboyot dengan jadi baby sitter so aku yang bujang trang tang tang ni pun join la.. buat muka tak malu.. huhuhu.. tapi game pun yang for fun jer, takde menguji kekuatan fizikal pun.. best sangat time tu, rasanya macam budak-budak tadika lak.. :P

Dinner yang paling ditunggu-tunggu.. sebab ada budak yang datang malam jer.. mata aku liar je nak cari budak kelas sebelah.. dari petang tadi aku cari takder.. isk isk isk.. tak datang ke? Buang karan jer.. takpe, sabar-sabar! Bilik tu dah penuh dah dengan budak2 sekolah aku.. spouse dengan anak2 diorang pun ramai gak.. tapi yang aku cari tak jugak muncul.. uwa…

Malam tu kira ok ler.. ada multimedia presentation.. terimbau balik kenangan lama.. ada jugak persembahan 2 orang candidate akademi fantasia yang tercicir ’menyumbangkan’ suara kat atas pentas tapi dalam2 duk bergumbira tu, ada di kalangan kitorang yang dah kembali ke rahmatullah.. Al –Fatihah..

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan dari ni :

1) perangai budak2 sekolah aku tak berubah langsung, baik lelaki atau perempuan.. selamber badak jer…

2 ) tapi ada yang berubah saiz.. hihihi… yang mengembang ( contohnya aku ) , yang menguncup ( budil, karim, aizul .. ), yang maju ke depan baik lelaki maupun pompuan ( untuk lelaki, nama terpaksa dirahsiakan .. hahaha ), yang rambut ala-ala mawi tak lupe gak yang berambut rebonding…

3) ramai yang makin cantik, makin ensem…. Isk isk isk, tergoda lak aku!

4 ) ramai lagi yang sekapal dengan aku… single! Tapi available ke tak aku tak tau ler…

5 ) balik-balik engineer, balik – balik doktor… weh, mana pegi yang lain? ( yang lain jangan terasa lak! )

6) yang paling sedih… budak kelas sebelah TAK DATANG!!!!!!!!!!!!! Uwaaa………

proses penuaan…

April 22nd, 2006

Proses penuaan? Dulu aku pandang endah tak endah je tapi tak sangka benda tu memang realiti (ape ko ingat akademi fantasia je yang realiti? ).. hehehehe..

Kenapa aku cakap macam tu? Ehmp, sebab banyak jugakla perubahan yang berlaku pada aku.. aku bukan kata aku tak suka tapi just untuk renungan diri sendiri… semua makhluk yang bernyawa pasti melaluinya..

Mula2 of course la umur aku.. dulu belasan tahun, sekarang dah masuk 20an.. dah nak ujung 20an lak tu.. almost 27 tahun aku hidup kat dunia ni.. macam2 yang aku dah rasa, macam2 yang aku dah lalui tapi perjalanan hidup masih jauh… maybe another 20, 30 or 40 years? Yang aku harap pengalaman2 hidup aku akan membuatkan aku lebih matang dalam membuat keputusan.. J

Tanda penuaan yang lain? Ehmp.. otak makin tak dapat nak ingat banyak bende ( macam mana la nak sambung buat master ), badan dah tak berapa nak fit ( asyik pancit je.. ) , rambut dah banyak gugur ( kena gi kedai yun nam hair care ke ) , kulit tangan ngan jari makin kasar ( salah rubber glove yang aku pakai tiap2 hari atau aku yang malas nak sapu losyen? Sebab aku rajin buat keje umah kut… hahahaha….), citarasa aku terhadap fesyen pun dah berubah ( aku still tak paham kenapa budak2 sekarang rajin pakai seluar jeans yang menguncup ke bawah tu? Tak lawa langsung ! ) , dulu aku rasa cleo paling best tapi sekarang baca the women’s weekly pun ok gak… dulu aku skip segmen resepi kat dalam majalah tapi sekarang aku siap buleh salin lagi kat dalam note book, aku lagi suka mixfm daripada hitzfm ( nasib baik aku still dgr era, tak dapek la nak nolong sinarfm… ), dulu org panggil aku kak tapi skrg ada yang panggil makcik ( especially anak2 sepupu ngan kawan2 aku.. tak glamer langsung! )

Banyak lagi rasanya…. uwaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kursus Kenegaraan ? Ape tuh?

March 22nd, 2006

wah.. lama giler aku tak update akunye blog.. biasala, penyakit keturunan ; mim alif lam alif sim.. hehehe.. kenapa la aku malas.. serba serbi malas.. tapi bab makan ngan bab tidur takde lak malas.. isk isk isk.. boleh bagi pendapatan sket?

aku nak citer, esok aku kena gi kursus kenegaraan.. ala2 BTN - biro tata negara.. kat Kaki Bukit, Perlis.. dari 23hb-27hb.. mak aii.. lamanyer.. aku dgr citer kursus ni kena dgr ceramah le, aktiviti fizikal le, kembara le, latihan dlm kumpulan le.. macam2 lagi.. aduss.. agak2 aku malas tak nanti? jangan penyakit keturunan aku datang esok sudah le… mati aku kena fire ngan jurulatih… Argh…

wish me luck! :(

Yokoso JAPAN!!!

January 24th, 2006

Assalamualaikum…

Hari ni genap dah 2 minggu aku balik Mesia.. Bayang2 mamat Jepun dah makin menghilang.. uwa.. ruang memori otak aku dah makin mengecil.. agak2 tinggal berapa GB je lagi.. nak pakai lama lagi ni… aktiviti2 happenning yang kat sana pun ingat2 lupa jer… uwaaa…

Ikutkan hati nak je aku tulis every single detail apa yang aku buat kat sana tapi kan macam aku dah tulis sebelum ni aku tak ingat sangat.. uwa.. dahle amik gambar pun ambik yang tah hape-hape… sia2 je beli kamera mahal2.. aku macam di awan-awangan je kat sana..

Nanti-nanti ah aku tulis experiences aku kat sana… gambo-gambo pun nanti aku post kan..

Raya Datang Lagi……..

October 30th, 2005

Yea yea.. lagi 3 hari buleh raya.. har har.. mengalahkan budak2 pulak aku ni.. yer la , masa raya ni nak jumpa semua sedara mara.. setahun sekali jer.. masa ni jugak la nak jumpa member2 lama especially member2 yang satu sekolah rendah dulu… macam mana la agaknya diorang sekarang? yang aku pasti sure ramai yang dah beranak pinak.. aku je maintain… hahaha…

so, kepada sesiapa yang baca blog aku ari ni, aku susun 10 jari-jemari aku yang dompoy-dompot ni memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku.. kalau ada yang terkasar bahasa, terumpat, terhutang, termakan dan terminum halalkan lah yer…

aku ucapkan selamat berhari raya dengan gembiranya di 1 syawal nanti.. kalau ada sesape yang tersesat dtg ke taiping jemputla ke rumah…

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi, MaAf ZaHiR dan BaTiN

Yahooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

September 16th, 2005

Hari ni tak keje tapi kena gak bangun awal.. sebab ada misi penting yang perlu di selesaikan. selagi tak setel memang tak senang duduk.. dah lama aku nanti-nantikan hari ni..

kul 8.30 pg ( awal ke? ) aku dah tercacak kat stesen erl putrajaya, berkobar2 nak pegi kl.. sampai kat bandar tasik selatan aku turun erl naik lak lrt sampai pwtc.. jeng jeng jeng… org dah ramai dah… aku jalan punya la laju , main rempuh je org belakang…

sampai2 kat depan kaunter tiket aku tengok punya la ramai org beratur nak masuk exhibition hall.. nasib baik kawan aku berjaya meloloskan diri.. duduk kat depan sekali… kaunter bukak je pukul 10 terus kitorg serbu.. hahaha… macam anak itik tokwi lak..

Akhirnya… setelah pusing2 ronda2 dari satu booth ke satu booth.. aku decided nak stop kat satu booth ujung sekali dan ‘khada’kan hajat aku.. keh keh keh… hajat ape? jeng jeng jeng.. saspen-saspen…

AKU DAPAT BELI HARGA PROMOSI RETURN AIR TICKET KE NAGOYA!!! itu je sebenarnya…kih kih kih… tapi mahal jugak sebenarnya walopun aku beli time MATTA Fair skrg ni.. beza harga lebih kurang rm400 je.. tapi jadi la kan? daripada takde diskaun langsung…

balik umah aku asyik senyum jer… takuya kimura, tunggu aku kat sana ek.. ha ha ha ha

Jumpa kawan baru…

August 19th, 2005

Assalamualaikum..

Ari ni nak citer pasal member baru aku… jumpa kat dalam internet, menambahkan sorang lg member alam maya aku.. aku kenal dia pun sebab aku buat muka tak malu pi tegur dia kat website korea mana ntah.. nick macam org mesia, aku pun blasah je.. nasib baik dia reply! hehehe.. kalau tak sian kat aku, terasing di ‘bumi’ korea sorang2.. hahaha.. tak sangka, we both shared  same interests.. tengok cite korea, jepun ngan f4.. hahah.. tapi dia muda 5 tahun dari aku.. ape la aku ni, bergaul ngan budak2 muda.. feel young! hehehe

tapi bukan budak ni je.. ramai lagi member internet aku..

IM..pekabo? dia member sheilagank aku.. rindu pulak saat2 hunting sheila on 7 dulu dengan dia.. tapi aku pangkat prebet buruk je, dia ni dah tahap mbak komandan dah.. hehehe.. many thanks to her sebab dia la aku dapat jumpa face to face, eye to eye ngan duta ngan eross, shake2 hand ngan diorang , amik gambo.. memang tak dapat dilupakan..

dee3, member aku yang duduk srwk.. jumpa time awal2 berjinak dengan alam IRC 7 tahun dulu.. till now kitorg baik lagi..

amm @ dagangz.. member irc aku yang paling lama ngan paling ngam ngan aku.. tapi akhir2 ni kureng dah sket.. dia pun dah keje sabah skrg ni.. isk isk isk

sape lagi? isk isk isk.. macam ramai je lagi tapi tak boleh ingat pulak.. friends, u know who u are..  kangen sangat2 sama kamu semua!