Selepas 5 bulan …
Wah, diam tak diam dah 5 bulan aku bergelar isteri orang,.. sekejap je rasanya kan.. Emph, boleh dikatakan aku masih dalam proses menyesuaikan diri.. dulu ke mana pun, seorang je, nak makan ke taknak makan ke tak jadi hal.. nak tidur time bila pun no hal tapi sekarang dah tak boleh dah macam dulu lagi..
Yang paling ketara rasanya kalau dulu tidur sorang2, sekarang dah ada teman.. mula2 rasa kekok, rasa macam tak boleh pejam mata pun ada tapi sekarang dah expert.. letak kepala atas bantal je terus hanyut.. hehehe.. tapi ada masalah jugak, pagi2 nak kejutkan cik abang kat sebelah punyalah cabaran.. especially kalau siangnya dia penat kat office.. kadang2 teringin gak aku nak renjis air tapi takut lak aku kalau tetiba dia jadi power rangers.. lagipun aku pernah baca kat suratkhabar ’ isteri dicekik suami gara-gara kejutkan bangun pagi’… itu kisah benar tu, jadi kat Malaysia lagi… taknak lah aku jadi tajuk berita pulak lepas ni nanti….
Tapi ada yang part bestnya.. sekarang pergi ke mana pun berdua, so dah takde mulut2 celupar nak tanya aku bila nak berdua… Cuma sekarang ni ada masalah lain pulak, diorang tanya bila nak bertiga… isk isk isk… dulu bila orang tanya aku bila nak kawen, aku ckp tunggu siti nurhaliza kawen dulu so sekarang bila diorang tanya bila aku nak membuncitkan diri, aku jawab aku tunggu siti nurhaliza jugak… hehehe…
Sebenarnya ada banyak lagi perubahan yang berlaku dalam hidup aku tapi kebanyakannya adalah perubahan yang positif.. Alhamdulillah.. semoga kehidupan yang baru aku tempuh ni akan memberikan kebahagian yang berganda-ganda lagi kepada aku dan suami, semoga kami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, dan semoga hidup kami sentiasa berada di dalam keberkatan dan kerahmatan Yang Maha Esa.. InsyaAllah…
Uncategorized | Comments (2)