Belasungkawa…
Lama sangat tak up-datekan blog ni sebab takde cerita yang best nak dikongsikan bersama tapi 6/10/2006, antara hari yang paling sedih dalam hidup aku..
Dr Marhizal Azmin B Marsuki, secara officialnye aku jadi kawan baik dia since bulan september 2005 tapi before tu aku dah kenal dia sebagai housemate member aku.. actually bulan september tu dia mendaftar as Medical Officer In Charge Klinik Kesihatan Kuala Kurau so kiranya dia mendaftar sebagai best friend aku jugak la that day.. Kuarters dia pun sebelah kuarters aku je kat dalam klinik tu…
so bermula la episode gaduh2, refer merefer, fire memfire, tolong menolong dan segala2 yang best friend lakukan.. mula2 aku kenal dia, tak sangka dia sebenarnya tengah menderita sakit Thalassemia major.. sebab dia nampak biasa je, just sometime nampak dia penat n ckp pun tercungap2.. other than that, he looks ok to me! tapi bila tau dia sakit aku pun takde la nak kisah sangat sebab dia tak suka org beri attention pada penyakit dia…
every 3 months dan lately once a month dia akan buat blood transfusion kat Hospital Taiping.. yang sedihnya, dia sanggup buat blood transfusion tu on weekends so that he did not have to take medical leave.. nak kerja jugak walaupun tengah sakit.. memang aku respect sangat kat dia! tak pernah nak fikirkan diri sendiri, tapi lebih pentingkan patients yang berlambak2 kat klinik..
Last time i saw him was on 25th september, he came to pass his claim form and medical leave( he was on medical leave from August to November) nak suruh aku pass kan ke office. Bapak aku admitted kat hospital taiping masa tu, so he came to visit bapak aku sekali.. kitaorang sembang2 macam biasa tapi aku noticed kali ni muka dia pucat sangat..
1st october morning, he called me asking for his Guarantee letter yang aku promised nak tolong ambilkan.. so kitorang janji nak jumpa sebab aku nak bagi GL tu.. tup2 adik dia yang turned up sebab dia rasa tak sihat tiba2.. aku ingat biasa je la tapi tak sangka it was the last phone conversation antara aku ngan dia.. suara dia dalam telefon pagi tu macam biasa je, macam tak ada apa2.. siap panggil aku dengan panggilan ‘makcik’ lagi ( he used to call me makcik a lot ! )..
then pagi 2nd october at 4.40am, i received phone call from his sister saying that he was addmitted in ICU and coma.. shocked sangat2!!!! petang tu after kerja, aku pergi melawat dia tapi memang tak sangka akan tengok keadaan dia macam tu.. tak sedarkan diri, tubing dalam mulut, wayar2 penuh kat dada, ubat macam2 sambungkan ke badan..
dipendekkan cerita, on 6th october 2006 jam 4.40pg jugak, sekali lagi aku dpt phone call dari adik dia bagitau yang dia dah tak ada di dunia ini… gelap sekejap aku rasa.. masa tu aku di kuarters, terus rasa tak tentu arah..
masa nak keluar dari kuarters pagi tu nak menuju ke rumah dia di taiping, sempat aku tengok kuarters dia di sebelah.. menitik air mata aku.. tak boleh nak bayangkan apa yang jadi selepas ni.. tiada lagi kawan gaduh aku, kawan menangis aku, kawan ketawa aku…
Dr Marhizal Azmin B Marsuki, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. pada aku, dia sangat beruntung sebab ‘dijemput’ pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan pada bulan Ramadhan, penghulu segala bulan…
Al-Fatihah untuk Allahyarham…
Uncategorized |2 Responses to “Belasungkawa…”
Leave a Reply

Al-Fatihah, semoga allahyarham ditempat bersama orang2 yang beriman. takziah tuk familynya
hi kak cumie…
thanx coz slama nie tolong abg ngah kt kuala kurau… senang2 datang la umah… tp umah kitorang sunyi coz abg ngah dah takder…