ADV 1660

June 27th, 2005

Assalamualaikum…

Tajuk blog aku hari ni no plat kete.. no plat kete sape? aku pun tak tahu.. hahaha… yang aku pasti pemilik kancil kaler silver bernombor plat kat atas ni memang ada daya tarikannyer tersendiri.. hehehe…

Aku tak kenal sape tuan punya kete tu dan tak berharap pun dapat kenal, just aku rasa hari yang aku terserempak dengan kete tu dah jadi hari yang agak best daripada hari-hari biasa aku kat pekan kecil ni.sokmo hidup aku mandom jer tapi hari tu macam exciting pulak… hehe.. kawan2, layan je la gatal aku ni.. sekali sekala…

Mula2 aku jumpa dia datang ambik mak dia kat klinik ( wah.. anak mithali tu ), peh tu aku jumpa lagi time beli roti kat mini market kuala kurau ( org bujang, sokmo makan roti jer.. ), peh tu jumpa lagi time beli kuih kat tepi jalan.. memang syok abis ah.. aku punya la senyum, tapi senyum sorang2 je la… tu pun dalam kereta… emph…setakat tu je lah pun citer aku.. :)

Weekend lepas keje aku duduk depan tv jer… tak lain tak bukan sebab af la.. haha.. bila la aku ni nak matang, sama je naik dengan adik aku yang duk skulah lagi tu.. tapi diorang sokong mawi, aku sokong felix… si semut merah itu telah menggoda hati ku… kih kih kih…

Tadi aku chat ngan member sheilagank aku, jeles betul bila tau dia nak terbang lagi… ikutkan hati nak je ikut… uwa.. tapi mengenangkan wajah hensem bos ku itu dah keje2 yang belambak2 kat atas meja tu, pudar balik angan2 aku.. uwa, stress….

Papai..

sedih…

June 23rd, 2005

Dah lama tak tulis blog ni.. takde masa, takde mood, sumenya ada.. tapi alhamdulillah, hari ini masih diberi kekuatan olehNya untuk mencurahkan sesuatu kat sini…

Hari ni tetiba je rasa sedih.. sebab ape aku pun tak tau! banyak sangat yang nak disedihkan.. tapi yang paling sedih rasanya sebab one of my bestest friends nak pergi jauh… takde la jauh mana pun tapi macam rasa kehilangan jer.. 3 tahun di negeri org, harap2 tak lupakan org kat sini..

keduanya sedih sebab makin tua, rasa macam kawan2 dah semakin jauh dari kita. Dulu makan, tido, ketawa, menangis, happy, sedih… semuanya bersama2.. lepas dah memulakan hidup baru selepas keluar dari uni, semuanya dah hilang.. org sekeliling pun hanyalah kawan sekerja, dan tak lebih daripada tu.. argh… i miss my friends a lot!!!!!!

uwa……

Arghhh……..

June 20th, 2005

Ari ni ari senin… dah le masih diselubungi ‘monday blues’ time datang keje pagi2 td tapi baru je melabuhkan punggung ke kerusi, tepon dan berbunyi.. sape lagi kalau bukan boss tersayang! uwa… kena ‘rebus’ pagi2 cenggini…

Hilang mood aku nak keje pagi ni! isk isk isk, ikutkan ati aku amik emergency leave je, takpun aku balik umah tido.. senang citer!

Gerammmm….

Dah demam daa…

June 18th, 2005

Assalamualaikum… Ape? Dah demam? Demam ape lak ni? Hehehe… jangan risau, demam Akademi Fantasia dah kembali la…

Semalam layan konsert AF yang ke 3.My fav student? mestilah felix! muka slamber dia tuh ada magical attraction la.. nak gelak ada, nak kagum pun ada.. isk isk.. tapi semalam fuad kuar aku no hal sangat pun. tapi sepatutnya reza or kefli yang kuar kan? takpun amy..

tak pasal2 je aku jadi pengkritik ari nih.. dah takde menda nak buat! ( xde mende? belambak keje ko belum habis lag cumie… )

oklah.. nak pi mamam sat! bubye

boring…

June 16th, 2005

Jumaat… hari yang ditunggu2 kalau sabtunya cuti! esok cuti sabtu ketiga so boleh la nak seronot2 ari ni.. tapi tak seronot pun! tepon asyik berbunyi je.bos telepon.. tanya itu ini.. penat ah nak menjawab… bosan betul!

kadang2 sikap bos pun boleh menkonpiuskan aku.. kadang2 mood ok, kadang2 mood hampeh! semua bende nak kene dimonitor… tak percayakan staf ke? ARGHH……..

Apa yang aku merepek meraban ni? yang pasti weekend ni aku tak buleh enjoy.. banyak keje menunggu……….. UWA!!!!!!!!

“cabutan’” bertuah..

June 15th, 2005

Argh.. hari yang memenatkan jugak… walopun kisah ‘fairy tale’ aku dah berlalu, hari ni masih terasa penatnya.. malam semalam dah le balik rumah lambat..

Alkisahnya malam semalam aku gi Malam Mesra Kakitangan Pergigian Kerian.. pegi pun sebab dah bayar.Acara makan2 camni jarang tolak.. ( tak gitu kawan2? ) di samping tu harap2 la badan aku cukup bertuah untuk dapat hadiah lucky draw nanti.. tapi memang rezeki aku semalam, aku sapu bersih 2 hamper dengan satu hadiah kecik.. jam dinding rupanya! thanks…

Tapi ku sangkakan tuah sampai la ke hari ni, rupanya memang betul pun.. "cabutan bertuah’  sungguh hari ni.. ape taknya, hari ni hari cabutan kat klinik aku.. yang tak bestnya, adala sorang pakcik ni mengamuk2 sebab kitorang ( staf aku la ) salah letak kad dia.. isk isk isk.. aku pun punya la mintak maaf sebab aku tengok muka dia cool je.. tup2 lepas abis cabut gigi dia, pakcik tu letak satu kertas kecik sambil berkata " ni komen saya pasal klinik ni,saya tak puas hati! " adess.. pakcik tu start le ckp macam2. aku maleh nak layan, aku bagi borang cadangan dan masalah suruh dia isi. baik aku sambung cabut gigi org lain.. org ramai gak pagi tadi.. aku pun tunggu ler dia nak pulangkan borang tu tapi rupanya dia bawak balik umah dia.. chess.. sape nak baca komen dia tu kat umah? ayam ko kucing dio yang nak baco?

Nak tau ape yang dia ugut kat staf kaunter pasal kes ni? " saya nak hantar surat kat suratkhabar! " banyak kali jugak la dia ulang bende tu kat staf aku.. lantaklah….. aku dah malas nak pikir.. semalam masuk suratkhabar pasal bende baik, esok lusa pulak masuk suratkhabar sebab bende ni pulak…

donia oh donia.. sekejap kat atas, sekejap kat bawah…

ehem.. ehem..

June 15th, 2005

Pagi2 lagi dah dapat sms,suruh beli utusan mesia ari ni… dah le aku terpaksa attend taklimat pasal autoclave kat opis besar so memang tak sempat nak grab newspaper hari ni. on the way balik pun singgah kat kedai kata dah abis.. frust sungguh aku..

Nasib baiklah kat kedai uncle kat pekan kuala kurau ada jual lagi walopun dah pukul 2 ptg ( uncle, surat khabar tak laku ke? ).. aku pun bukak le dgn rakusnya..

Jeng jeng jeng… rupanya ada artikel pasal perasmian semalam.. yang paling syoknya kan……… ada muka aku! keh keh keh… dalam banyak2 gambo yang paparazi tangkap semalam, gambo kat klinik aku yang masuk! hehehe… canggih le katakan… ( sure Medical Assistant yang jaga klinik kesihatan depan klinik aku bengkerk giler sebab gambo diorang tak masuk.. tu ler, eksyen sangat ngan aku.. sokmo pandang rendah je kat dental.. hehehe)

tapi sori le untuk kawan kat luar wilayah utara.. berita pasal klinik aku tu ada dalam page section utara je.. so org2 utara je la yang dpt menatap gambar aku tengah duk explain kat Raja Muda.. Muka Dato’ Dr Chua Soi Lek pun tengah control hensem time tu.. 

papai ( nak pi readykan diri, malam ni ada dinner kat parit buntar! )

akhirnya aku berjaya!

June 15th, 2005

Assalamualaikum… Akhirnya hari yang ditunggu2 sejak 2-3 bulan dulu dah pun berlalu… Alhamdulillah dah selamat. Cuaca pun baik, takde unexpected things terjadi. Tapi getarnya sampai sekarang tak habis2 lagi.. hehehe…

Sejak semalam aku tido macam tido2 ayam je. Sekejap mimpi Raja Muda Perak yang handsome tu, sekejap mimpi cerita cina petang2 yang aku tengok ( uik, tu pun buleh termasuk? ). Pendek kata memang tak nyenyak langsung aku tido. Bangun tido pulak macam berat je nak pergi keje. Macam2 duk ada dalam kepala otak aku.Takut kena ‘fire’ la, takut machine2 dalam klinik aku tak berfungsi la, takut tak dapat jawab soalan2 maut pak menteri dan macam-macam. Tapi nak buat macam mana kan, dah tugas aku cenggitu. Kena la pergi gak..

Sampai2 aku tengok penuh dah segenap ruang Pusat Kesihatan Komuniti Kuala Gula dengan manusia. Sebelum ni harapkan angin je la… kebanyakannya pakai uniform kaler putih. Staf import dari luar la tu.. patutla aku tengok banyak bas2 kolej kejururawatan kat tempat parking. Dipendekkan cerita, lepas dah buat final touch-up kat klinik aku, kitorang pun tunggu la ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang khabarnya datang naik helikopter. Bila dengar je kompang bunyi, sah le dah sampai.Dup dap dup dap jantung aku..( isk isk isk..macam tunggu pengantin lelaki lak!) dari jauh, pergh… nur dari wajah seorang raja terserlah.. Handsomenyerrr……. Putih merah muka baginda. Dari jauh duk senyum je. Sempat jugakla aku snap gambo baginda 2-3 keping! Tak tau le ok ke tak sebab tangan aku memang menggeletar abis!

 Masa perasmian tu memang mata aku tak lepas pandang kerusi kuning tengah pentas tu je. Dato’ Chua Soi Lek ngan Menteri Besar Tajol Rosli berucap pun aku tak pandang. Aura dari Raja aku lagi kuat woo.. lepas perasmian terus baginda buat lawatan kat ruang pameran. Aku ingatkan baginda lalu je kat depan klinik aku sebab karpet kuning lalu kat luar je tapi dengan kembang hidungnya aku nak bagitau yang baginda sudi mencemar duli masuk melawat klinik pergigian aku… hehehe ( aku punya ke? ) Gabra giler aku! Jalan pun rasa macam tak pijak lantai jer. Aku bagi salam, baginda jawab dengan suara yang bias mencairkan aku… mak aii…. Lagi le lembik kaki aku! :-p Aku pun explained le ape yang aku boleh ingat. Baginda masuk sampai belakang, sampai bilik surgery tempat aku buat cabutan. Jangan jeles, sebab baginda puji klinik aku canggih. Tapi dia pesan gak kena jaga elok2 semua machine2 kat situ. Siap tanya berapa harga satu dental chair!kenapa? nak belikan lagi ke? Hehehe… Biar Dato’Chua Soi Lek je la jawab. Paparazzi pun asyik snap gambo je.. merasa le aku jadi bintang pelem jap! RTM ngan TV3 datang tapi aku rasa tak masuk dalam berita malam ni kut.. berita terkini mungkin la…

 Last sekali kitorang bergambo dengan baginda ngan semua VVIP kat ruang legar pusat kesihatan tu… walaupun baginda dah balik ke istana 8 jam yang lalu, tapi aku sampai sekarang asyik senyum sorang diri jer.. heheh… perasan btul!

Akhir sekali nak cakap, memang hari ni antara hari yang best bagi aku. Mungkin bagi orang lain biasa je tapi pengalaman uruskan peristiwa penting ni and be part of the community, aku rasa berbaloi sangat… bila tengok mak-mak datin yang datang, aku tertanya2 jugak.. apakah satu hari nanti aku pun macam tu? Baju mahal lit lap lit lap, spek mata hitam, jewelry yang besar2dan kasut tinggi yang runcing hujungnya.. so, doakan je la aku kawin ngan Dato’ … Hahaha

Enuff for today… rasa macam dah panjang sangat dah.. 

Argh…

June 14th, 2005

Gerammnyerrr…..

Bersungguh2 aku menaip blog untuk hari ni kat komputer klinik aku tadi, sampai kat umah tak boleh pulak nak bukak file tuh.. maleh le aku nak menaip dah.. panjang gak la… esok2 la pulak! uwa…

Hari Yang Memenatkan!

June 13th, 2005

Ehmp… setelah lama berjinak2 dalam friendster, hari ni baru teringin nak buat blog. Itupun lepas dah tak tahu kat mana nak salurkan tension yang melambak2 tu. Aku cuba untuk up-date blog ni tiap2 hari ( tu pun kalau ada masa.. ) tapi harap2 takde la hangat2 taik ayam je…

Story for today? ehmp… what a tiring day.. Alkisahnya esok Raja Muda Perak aka Raja Nazrin Shah nak datang merasmikan Pusat Kesihatan Komuniti Kuala Gula. So as expected la kan, preparation nak menyambut ketibaan raja ni mestila gempak punya. Walopun unit aku takde la besar sangat dalam tu, tapi demi memastikan at least takde la huduh sangat tempat aku keje tu ( walopun aku dtg cabut gigi kat situ sebulan sekali jer.. hehehe) maka kitorang bertungkus lumus la menghias segala ruang dinding yang ada kat klinik tuh.. memang meletihkan…

As a result, walopun tak dapat nak lawan deco pameran utama ( yer la, mana aci, deco tu diorang upah Romzi, wedding planner yang paling glamer kat tepeng ni..) tapi at least takde la kosong @ mandom sangat unit aku tu.. kira puas hati la… thanks to my staffs yang tungkus-lumus keje since last week lagi.. walopun peruntukan sesen pun dapat dari hq tapi we managed to finish it! Cayalah…

So, tunggu je la esok macam mana… kut2 la si RM tu jeling2 kat aku ke.. hehe ( fuh kanan fuh kiri… keh keh keh..)

chaloh… :P