2 in 1..

January 14th, 2009

pg ni aku rasa 2 in 1.. happy but at the same time feel sad.. happy because my younger sister dah get pregnant, means anak saudara aku yg pertama ( my side ) but at the same time, rasa sedih sbb bukan aku yg bagi mak aku cucu pertama dia.. :’(

Bookmark and Share

kring kring…

January 14th, 2009

pagi ni, sejak dari pukul 8 pagi, telefon kat klinik asyik berdering2 je.. isk isk isk.. boss asyik call tanya itulah, inilah, bagitau itulah, bagitau inilah… aduh.. tak tenang betul buat keje hari ni…
nasib baik la boss call bukan nak marah .. hahahaha…

Bookmark and Share

tahun 2009

January 12th, 2009

cakap pasal tahun baru, mesti nak citer pasal azam kan.. masalahnye azam tahun-tahun lepas tak pernahnye nak tertunai.. tapi takpe, list je la kat sini, mana la tau2 kot dapat tunaikan ke…

1 - nak kuruskan badan badan.. tak peduli berapa kilo pun, janji turun!

(lepas kawen naik 10kg.. isk isk isk.. agak2 bahagia tak aku? )

2 - nak dapat baby

( dulu aku ingat senang je nak conceive.. )

3 - nak jadi isteri solehah.. hehehe..

( kalau selalu mintak itu ini jatuh bawah kategori tak solehah ke? )

4 - jadi anak yg menggembirakan orang tua

( walaupun ayah aku dah dipanggil mengadap Ilahi, mak aku masih ada untuk aku terus berbakti, insyaAllah )

Bookmark and Share

a brand new me.. ewah!

January 12th, 2009

memang dah lama giler dah update blog.. kenapa ek?

1- sbb kat klinik takde nenet

2 - bizi kunun2nye

3 - broadband coverage kat umah sgt hampeh

4 - taknak pakai streamyx kat kuarters

5 - MALAS kut sebenarnya …

kui kui kui

Bookmark and Share

Selepas 5 bulan …

April 25th, 2008

Wah, diam tak diam dah 5 bulan aku bergelar isteri orang,.. sekejap je rasanya kan.. Emph, boleh dikatakan aku masih dalam proses menyesuaikan diri.. dulu ke mana pun, seorang je, nak makan ke taknak makan ke tak jadi hal.. nak tidur time bila pun no hal tapi sekarang dah tak boleh dah macam dulu lagi..

Yang paling ketara rasanya kalau dulu tidur sorang2, sekarang dah ada teman.. mula2 rasa kekok, rasa macam tak boleh pejam mata pun ada tapi sekarang dah expert.. letak kepala atas bantal je terus hanyut.. hehehe.. tapi ada masalah jugak, pagi2 nak kejutkan cik abang kat sebelah punyalah cabaran.. especially kalau siangnya dia penat kat office.. kadang2 teringin gak aku nak renjis air tapi takut lak aku kalau tetiba dia jadi power rangers.. lagipun aku pernah baca kat suratkhabar ’ isteri dicekik suami gara-gara kejutkan bangun pagi’… itu kisah benar tu, jadi kat Malaysia lagi… taknak lah aku jadi tajuk berita pulak lepas ni nanti….

Tapi ada yang part bestnya.. sekarang pergi ke mana pun berdua, so dah takde mulut2 celupar nak tanya aku bila nak berdua… Cuma sekarang ni ada masalah lain pulak, diorang tanya bila nak bertiga… isk isk isk… dulu bila orang tanya aku bila nak kawen, aku ckp tunggu siti nurhaliza kawen dulu so sekarang bila diorang tanya bila aku nak membuncitkan diri, aku jawab aku tunggu siti nurhaliza jugak… hehehe…

Sebenarnya ada banyak lagi perubahan yang berlaku dalam hidup aku tapi kebanyakannya adalah perubahan yang positif.. Alhamdulillah.. semoga kehidupan yang baru aku tempuh ni akan memberikan kebahagian yang berganda-ganda lagi kepada aku dan suami, semoga kami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, dan semoga hidup kami sentiasa berada di dalam keberkatan dan kerahmatan Yang Maha Esa.. InsyaAllah…

Bookmark and Share

walimatul urus…

October 21st, 2007

Assalamualaikum…

Adalah dengan ini diberitakan bahawa, majlis perkahwinan aku akan dijalankan pada 24 November 2007 bersamaan 14 Zulkaedah 1428H beralamat No 120, Lorong Merbuk, Kg Sungai Relong, Kamunting, Taiping, Perak… InsyaAllah

Semua dijemput hadir ya..

#kalau nak kad @ map ke rumah aku,  sila bagi address kat aku.. email aku at chew_mie@yahoo.com

Bookmark and Share

i still hate him!!!

June 29th, 2007

benci.. benci… benci…. uwaaa!!!

Bookmark and Share

I Hate My B*ss

April 30th, 2007

Tu je yang aku nak bagitau… salah ke? tak salah kan?

Bookmark and Share

Tata Titi Tutu 2006….

December 27th, 2006

Sedar tak sedar 2006 bakal melabuhkan tirainya 4 hari lagi… memang seorang pun tak dapat nafikan yang masa berlalu begitu pantas! Kan?

Nampak gayanya tahun ni tak banyak sangat achievement yang berjaya di achieve.. as usual la kan.. hehehe.. dulu masa awal2 tahun berderet azam aku tulis kat white board tapi menjelang minit2 terakhir ni, satu dua je kut yang tercapai dek akalku! Huhuhu..

Top of the list? Mestilah kuruskan badan dan buncitkan purse + akaun bank… tapi sekarang ni dah terbalik kot, kuruskan purse, dan buncitkan perut… hahahaha… aku tahu secara basicnye nak kuruskan badan ada 2 prinsipal je :- kurangkan makan, lebihkan exercise.. tapi yang ni pun terbalik jugak… kurangkan ( or memang takde langsung! ) senaman dan tambahkan makan…….. memang heaven! Hihihi…

Emph.. last week aku ada terbaca satu artikel kat suratkhabar… “ cinta umpama rama-rama… makin dikejar ia akan terbang menjauh tapi jika berhenti mengejar, ia akan hinggap di bahu kita…. “ aku rasa ada kebenarannya… J sama-samalah mentafsirkannyer..

So, untuk azam tahun depan @ 2007, top of the list still kena kuruskan badan, buncitkan akaun bank… lepas tu kalau nak lagi best, kena la invest muka ke salon kecantikan yang berdekatan ( tu pun kalau kayo… ) pehtu, nak jadi bos yang berkaliber ( berkaki lebar dah lama capai dah! ), nak lulus exam PTK, nak beli enpon 3G, nak beli diamond ring, nak gi sabah, nak terer masak… dan jeng jeng jeng… nak ber~housestep~ kut! Hahahahaha… kengkawan, jangan lupa doakan!!!!

Bookmark and Share

Belasungkawa…

October 8th, 2006

Lama sangat tak up-datekan blog ni sebab takde cerita yang best nak dikongsikan bersama tapi 6/10/2006, antara hari yang paling sedih dalam hidup aku..

Dr Marhizal Azmin B Marsuki, secara officialnye aku jadi kawan baik dia since bulan september 2005 tapi before tu aku dah kenal dia sebagai housemate member aku.. actually bulan september tu dia mendaftar as Medical Officer In Charge Klinik Kesihatan Kuala Kurau so kiranya dia mendaftar sebagai best friend aku jugak la that day.. Kuarters dia pun sebelah kuarters aku je kat dalam klinik tu…

so bermula la episode gaduh2, refer merefer, fire memfire, tolong menolong dan segala2 yang best friend lakukan.. mula2 aku kenal dia, tak sangka dia sebenarnya tengah menderita sakit Thalassemia major.. sebab dia nampak biasa je, just sometime nampak dia penat n ckp pun tercungap2.. other than that, he looks ok to me! tapi bila tau dia sakit aku pun takde la nak kisah sangat sebab dia tak suka org beri attention pada penyakit dia…

every 3 months dan lately once a month dia akan buat blood transfusion kat Hospital Taiping.. yang sedihnya, dia sanggup buat blood transfusion tu on weekends so that he did not have to take medical leave.. nak kerja jugak walaupun tengah sakit.. memang aku respect sangat kat dia! tak pernah nak fikirkan diri sendiri, tapi lebih pentingkan patients yang berlambak2 kat klinik..

Last time i saw him was on 25th september, he came to pass his claim form and medical leave( he was on medical leave from August to November) nak suruh aku pass kan ke office. Bapak aku admitted kat hospital taiping masa tu, so he came to visit bapak aku sekali.. kitaorang sembang2 macam biasa tapi aku noticed kali ni muka dia pucat sangat..

1st october morning, he called me asking for his Guarantee letter yang aku promised nak tolong ambilkan.. so kitorang janji nak jumpa sebab aku nak bagi GL tu.. tup2 adik dia yang turned up sebab dia rasa tak sihat tiba2.. aku ingat biasa je la tapi tak sangka it was the last phone conversation antara aku ngan dia.. suara dia dalam telefon pagi tu macam biasa je, macam tak ada apa2.. siap panggil aku dengan panggilan ‘makcik’ lagi ( he used to call me makcik a lot ! )..

then pagi 2nd october at 4.40am, i received phone call from his sister saying that he was addmitted in ICU and coma.. shocked sangat2!!!! petang tu after kerja, aku pergi melawat dia tapi memang tak sangka akan tengok keadaan dia macam tu.. tak sedarkan diri, tubing dalam mulut, wayar2 penuh kat dada, ubat macam2 sambungkan ke badan..

dipendekkan cerita, on 6th october 2006 jam 4.40pg jugak, sekali lagi aku dpt phone call dari adik dia bagitau yang dia dah tak ada di dunia ini… gelap sekejap aku rasa.. masa tu aku di kuarters, terus rasa tak tentu arah..

masa nak keluar dari kuarters pagi tu nak menuju ke rumah dia di taiping, sempat aku tengok kuarters dia di sebelah.. menitik air mata aku.. tak boleh nak bayangkan apa yang jadi selepas ni.. tiada lagi kawan gaduh aku, kawan menangis aku, kawan ketawa aku…

Dr Marhizal Azmin B Marsuki, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. pada aku, dia sangat beruntung sebab ‘dijemput’ pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan pada bulan Ramadhan, penghulu segala bulan…

Al-Fatihah untuk Allahyarham…

Bookmark and Share